Perkahwinan Kanak-kanak: Adakah Kata-kata Wakil Rakyat Disalah Petik?

Parlimen berbahas.

Media menulis berita. Ada yang percaya terus.

Ada yang membidas media yang menulis tajuk berita yang mengelirukan. Ia menjadi tular. Ada yang percaya terus.

Jadi saya perlu lihat sidang parlimen itu sendiri, video perbahasan parlimen pada 4 April 2017 sesi petang.

Wakil Rakyat Kulai Teo Nie Ching membentang cadangan untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak (13 minit) dan Wakil Rakyat Tasek Gelugor Shabudin Yahaya membalas (22 minit 44 saat).

Tajuk berita yang dikatakan mengelirukan adalah daripada ‘The Star’ dengan tajuknya (diterjemah) ‘Wakil Rakyat: Perogol boleh berkahwin dengan mangsa, malah sesetengah kanak-kanak berumur 9 tahun boleh berkahwin’. Berikut adalah transkripnya:

Tasek Gelugor: Dan dia sudah mencapai akil baligh daripada umur 9 dan dia umur 12 tahun dengan keadaan tubuh badan yang sama seperti umur 18 tahun. Maknanya dari segi fizikal dan juga dari segi spiritualnya juga tidak menjadi satu halangan untuk dia berkahwin.

Tasek Gelugor: Yang paling penting ialah bila melalui satu proses keinsafan, ya, proses mereka bertaubat. Orang berzina orang rogol ni tetap kesalahan jenayah. Tetapi mereka ini, mereka, mereka mempunyai satu peluang, mungkin dengan sebab perkahwinan itulah mereka dapat melalui satu kehidupan lain yang lebih sihat, yang lebih baik. Dan seorang isteri yang dirogol tadi, ya, kalau dia dapat berkahwin, dia tidak akan, dia tidak akan melalui satu jalan kehidupan masa depan yang gelap. Sekurang-kurangnya dia ada, ya, sekurang-kurangnya dia ada suami dia, ada orang yang boleh, boleh menjadi suami dia, itu adalah satu remedy kepada masalah-masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat kita.

Maka adakah tajuk berita tadi tidak tepat? Buatlah kesimpulan anda sendiri. Jika dikhuatiri saya memetik kata-kata di luar konteks, keseluruhan video tersebut boleh dirujuk. Klik sahaja mana-mana pautan di atas (kesemua pautan merujuk kepada video sama, cuma pada selang waktu berlainan).

Untuk meringkaskan apa yang dikatakan oleh Wakil Rakyat Kulai Teo Nie Ching (yang sepatutnya menerima lebih liputan berbanding apa yang dikatakan oleh Wakil Rakyat Tasek Gelugor Shabudin Yahaya), di bawah undang-undang Malaysia, kanak-kanak tidak dianggap matang atau arif untuk berfikir untuk diri sendiri untuk memandu, atau merokok, atau meminum arak, atau mengundi. Maka mengapakah pula mereka boleh berkahwin? Dia menceritakan kisah menyayat hati seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang diperkosa oleh tiga lelaki, membuat laporan polis, kemudian ibubapa kanak-kanak ini ditekan oleh ibubapa salah seorang penjenayah tadi untuk menarik balik laporan polis tadi dan mengahwini mereka berdua. Mereka bercerai hanya beberapa hari sebelum ulangtahun pertama mereka. Allah lebih tahu apakah nasib dia sekarang. Kemudian, Wakil Rakyat tadi, merayu kepada Dewan, bukan sebagai seorang pembangkang ataupun sebagai seorang bukan Islam, tetapi sebagai seorang ibu.

Benar, perkahwinan kanak-kanak dan jenayah seksual adalah isu berlainan. Jika fokus hanya kepada perkahwinan kanak-kanak, bagaimanakah perkahwinan kanak-kanak bawah umur 16 tahun boleh dibenarkan (perkahwinan kanak-kanak bawah umur 16 tahun sebenarnya dilarang oleh undang-undang sivil tetapi boleh diluluskan oleh mahkamah Syariah, yang rupanya telah meluluskan beribu perkahwinan seperti ini) apabila seks dengan kanak-kanak bawah umur 16 tahun dikira sebagai rogol statutori (statutory rape)?

Jika mereka berkahwin, mereka akan melakukan hubungan seks. Walaupun si suami adalah baik dan berjanji untuk menahan diri daripada hubungan seks sehinggalah isterinya cukup umur (satu lagi soalan, bilakah boleh dikira cukup umur untuk seks?) si suami tidak akan melanggar apa-apa undang-undang jika dia melakukan hubungan seks dengan isteri bawah umurnya itu. Si suami tidak akan dapat menahan nafsu pedofilianya.

Kemajuan bidang perubatan kita telah membuktikan bahawa walaupun seorang kanak-kanak perempuan telah bermula haid, bermakna secara biologi dia sudah boleh mengandung, ini tidak bermakna ia adalah sihat untuk dia mengandung pada umur begitu muda. Tetapi paling penting sekali ialah kesejahteraan hidupnya dan pendidikannya. Kanak-kanak sebegitu muda sepatutnya berada di sekolah rendah atau sekolah menengah, dijaga dan disayangi oleh ibubapa atau penjaga, dan memenuhi potensinya. Isteri bawah umur adalah lebih tinggi kemungkinan untuk tidak menyambung persekolahan, apatah lagi mencapai cita-cita. Mereka juga mungkin didera, memandangkan mereka hanyalah kanak-kanak dan sudah dipisahkan dari ibubapa atau penjaga.

Tapi mengapa kita perlu kisah? Kita hidup serba cukup, mereka wakil rakyat juga hidup serba cukup. Kita dan mereka sangat rendah kemungkinan untuk mengalami situasi di mana anak-anak perempuan dikahwinkan pada umur sebegitu muda.

Isteri-isteri bawah umur ini, sesetengah mereka mungkin sedang membasuh pinggan mangkuk atau sedang menyusukan bayi mereka pada ketika rakan-rakan mereka berada di sekolah, mereka tidak tahu apa yang dibahaskan di parlimen. Mereka tidak tahu jika cadangan ini diluluskan menjadi undang-undang, ia boleh mencegah kanak-kanak lain untuk melalui nasib sama seperti mereka.

Dan akhir kata, nabi dan rasul kita Muhammad ﷺ tidak berkahwin dengan kanak-kanak bawah umur. Itu adalah penipuan semata-mata yang berjuta orang percaya dan jadikan perkahwinan kanak-kanak sah.

Nota kaki: 24,393 orang mengundi Shabudin Yahaya pada 5 Mei 2013, memberikan beliau kerusi parlimennya Tasek Gelugor.

Pilihanraya Malaysia 2013: Di Dalam Nombor

Ye, memang agak lambat nak tulis tentang benda ni, tapi nak buat analisis ni ambil masa, beberapa malam saya kurang tidur. Saya suka statistik, apa nak buat.

Sebelum apa-apa, disclaimer dulu (tak tau lak apa disclaimer dalam Bahasa Malaysia). Angka yang digunakan dalam analisis ni semuanya daripada laman web pilihanraya The Star, dan nombornya lain dari nombor SPR. Setakat 9 May 2013, SPR – sepatutnya badan yang memberi angka rasmi – memberikan angka tak konsisten. Dengan mengambil sampel untuk menguji angkanya, baru sampel pertama dah jumpa percanggahan: P001 Padang Besar.

P001 Padang Besar The Star Suruhanjaya
Pilihanraya
Calon BN 21,473 21,473
Calon PAS 14,047 14,047
Undi rosak 00,000 00,531
Jumlah 35,520 36,142

 
Bilangan undian dimenangi oleh calon BN (21,473) dan PAS (14,047) adalah sama daripada kedua-dua laman web The Star dan juga SPR, tapi peratusan keluar mengundi ada perbezaan. The Star melaporkan tiada undi rosak, memberi jumlah undian 35,520. SPR pula melaporkan 531 undi rosak, memberikan jumlah salah 36,142 (21,473 + 14,047 + 531 = 36,051). Maka dengan ini, keputusan pilihanraya yang dikeluarkan oleh SPR tidak akan digunakan sehingga angka bercanggah ni diselesaikan.

Pengiraan untuk analisis ni boleh didapati dari fail Microsoft® Excel ni: Pilihanraya Umum Malaysia 2013. Sila maklumkan saya kalau ada pengiraan atau data yang tak tepat. Anda juga boleh menggunakan penyampaian dwibahasa Pilihanraya Umum Malaysia 2013 ini, dengan syarat hendaklah memaklumkan saya terlebih dahulu.

Jumlah undian
11,225,339

Angka berdasarkan jumlah undian diperolehi oleh semua calon dan undi rosak.

Angka yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya di laman sesawang pilihanraya 2013 ialah 11,257,147.

Peratusan keluar mengundi
84.46%

Peratusan keluar mengundi mengikut Suruhanjaya Pilihanraya ialah 84.84%.

Malaysian General Elections 2013 voters turnout

 
Nota: Sepertimana yang disebut tadi, angka di atas adalah berdasarkan laman web The Star dan bukan Suruhanjaya Pilihanraya. Jumlah undian pada 5 Mei 2013 untuk Pilihanraya Umum Malaysia adalah 11,225,339. Angka ni diperolehi dari menambah jumlah semua undi dari semua calon dan juga undi rosak.

Nota: Data untuk peratusan keluar mengundi diperolehi dari laman web Konsortium Pilihanraya dan Proses Pengukuhan Politik dan data yang diperolehi boleh didapati di sini: Senarai pilihanraya presiden & parliment Nov 2010 – May 2013. Laman web tu melaporkan bahawa Pilihanraya Umum Malaysia 5 Mei 2013 menunjukkan 84.61% peratus pengundi keluar mengundi, iaitu peratusan ke-27 tertinggi daripada 167 pilihanraya presiden & parlimen di seluruh dunia di antara Nov 2010 dan Mei 2013. Nov 2010 ialah titik tengah di antara pilihanraya sebelum ni Mar 2008 dan pilihanraya terbaru Mei 2013.

Nota: Perbezaan antara angka The Star dan CEPPS ialah 0.0071%.

BN 2013 Bahasa Malaysia PR 2013 Bahasa Malaysia

 
Nota: Pengiraan untuk undian popular minimum untuk memenangi majoriti mudah parlimen adalah berdasarkan anggapan yang setiap kerusi hanya akan ditandingi oleh 2 calon, dan untuk menang, memerlukan 50% + 1 undi. Maksudnya, untuk menang kawasan dengan 10 pengundi, calon perlu menang 6 undian. Kalau kawasan menjadi 11 pengundi, masih memerlukan 6 undian. Pengiraan ni juga mengambil kira 112 konstituensi terkecil sahaja, dan menganggap gabungan parti tu tidak menang langsung apa-apa undi dalam baki 110 konstituensi. Daripada pengiraan, didapati bahawa mana-mana gabungan parti memerlukan sekurang-kurangnya 16.62% undian popular untuk memenangi majoriti mudah parlimen dan membentuk kerajaan pusat.
Malaysian General Elections 2013.005
Nota: Rajah di atas menunjukkan bilangan pengundi yang diwakili seorang wakil rakyat. Selangor merupakan negeri dengan purata terbesar pengundi berdaftar bagi setiap kerusi parlimen dengan 93,254, manakala Sarawak merupakan negeri dengan purata terkecil pengundi berdaftar bagi setiap kerusi parliment dengan 35,038. Membandingkan perbezaan paling ketara ialah di antara Kapar, konstituensi terbesar, di mana 144,369 pengundi diwakili seorang wakil rakyat berbanding wakil rakyat Putrajaya yang hanya mewakili 15,798 pengundi, hampir satu persepuluh saiz Kapar.
Malaysian General Elections 2013.007
Nota: Setiap heksagon mewakili satu kerusi di parlimen, diwarnai mengikut parti wakil rakyat. Longgokan heksagon di bawah menunjukkan pecahan kerusi di Semenanjung Malaysia dan juga Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan.
Malaysian General Elections 2013.008
Nota: Ini adalah satu-satunya analisis pada Dewan Undangan Negeri. Jumlah bagi setiap negeri mungkin tidak mencecah 100% kerana terdapat undi diraih oleh calon bebas atau parti lain ataupun undi rosak. Bagi semua negeri kecuali Perak, gabungan yang mendapat paling banyak undi juga memenangi paling banyak kerusi dan membentuk kerajaan negeri.