Kajian Kes: Bagaimana Najib Razak menghalang perbincangan dan maklumbalas secara aman

 

Banyak saya ingin katakan tentang video ini. Saya percaya ramai orang lain juga yang ada banyak ingin diperkatakan tentang video ini.

Ada lebih seribu komen, tapi tiada perbincangan langsung.

Komen-komen adalah seperti titisan air pada cermin depan kereta. Titisan air yang kecil akan bergumpal menjadi titisan besar. Komen-komen yang popular akan mendapat lebih banyak likes atau reaksi dan akan naik ke atas.

Bagaimana Najib berjaya untuk suppress atau menghalang komen-komen popular ini tanpa mendakwa sesiapa ialah dengan men-spam atau membanjiri ruangan komen dengan komen-komen yang tidak berkaitan dengan kandungan asal. Komen-komen yang tak berkaitan ini semuanya pendek dan datang dengan cepat, menenggelamkan komen-komen yang boleh membawa kepada perbincangan. Komen-komen spam ini juga boleh mengalih tumpuan atau distract orang yang memang berniat memberi komen berguna, dan sebaliknya mereka akan melawan spam itu dan memberi komen seperti, “makan dedak la ni” atau “bagus makcik simpan duit dari kecik”.

Pada saya, ini disebabkan satu kelemahan sistem like Facebook: Tiada butang dislike atau tak suka. Ketiadaan butang dislike ini ada dua akibat. Pertama, ia menaikkan pandangan ekstrem (saya akan huraikan lebih nanti). Kedua, ia membolehkan spam. Ya, kita boleh melaporkan spam ke Facebook, tapi berapa ramai yang sanggup melaporkan beribu-ribu komen? Ada cara lagi satu untuk melawan spam, iaitu dengan membuka Facebook pada komputer, dan tukar susunan komen dari ‘kronologi’ (atau chronological) kepada ‘komen teratas’ (atau top comments), tapi, seperti tadi, berapa ramai yang sanggup baca Facebook pada komputer?

(Tadi saya katakan ketiadaan butang dislike akan menaikkan pandangan ekstrem. Komen-komen yang cenderung kepada haluan kiri atau haluan kanan akan mendapat banyak likes, manakala tidak begitu banyak likes untuk komen haluan tengah. Jika kita tidak setuju dengan satu-satu komen, apa kita mampu buat adalah biarkan saja, atau beri reaksi negatif seperti marah atau sedih. Tapi Facebook kira reaksi negatif ini sama sahaja seperti likes, maka pandangan ekstrem ini – tidak kiralah kiri atau kanan – akan naik.)

Walaupun begitu, saya rasa saya tahu mengapa tiada butang dislike. Pada suatu masa dahulu, video Baby nyanyian Justin Bieber pernah menjadi video kedua paling banyak ditonton di seluruh dunia (selepas ‘Gangnam Style‘ nyanyian Psy). Video itu juga mendapat ratusan juta dislikes. Dalam kes ini, memang wajar. Tetapi manusia menampakkan rupa buruknya apabila video ‘Friday’ nyanyian Rebecca Black keluar. Video itu mendapat begitu banyak dislikes sehingga netizen mula menjadi gerombolan perusuh yang ganas. Orang mulai menyerang dan memberi ancaman, sehingga dia terpaksa menarik video itu. Video itu kemudiannya dimuatnaik kembali tetapi selepas gerombolan tadi telah reda. Video itu masih mendapat dislikes tapi komen-komen menyakitkan dah kurang banyak.

Untuk sekarang, apa yang Najib buat ini adalah suatu masterpiece, mahakarya, memainkan sistem Facebook. Dia berjaya menyebarkan apa yang dia ingin sampaikan, dan pada masa sama, dia tak perlu membalas malah tak perlu membaca komen-komen rakyat terhadap dia, dan dia lakukan semua itu tanpa mencabul apa-apa hak asasi manusia (sekurang-kurangnya dalam aspek ini). Well played, sir.